Source: amanz.my --- Saturday, October 07, 2017
Sejak beberapa minggu lepas, beberapa laporan telah hadir ke arena internet memperlihatkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang mana baterinya mengembung – sekaligus menolak skrin sedikit keluar daripada badan peranti. Pada awalnya, beberapa pengguna melaporkan ia hanya berlaku selepas pengecasan. Tetapi, beberapa hari lepas, beberapa pengguna turut mengatakan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang baru dibeli dan dibuka kotaknya memperlihatkan peranti yang mengembung. Terkini, Apple mengesahkan yang mana mereka sedang melihat kepada laporan-laporan berkenaan, tetapi tidak memberikan komen lanjut mengenainya. 届いたiPhone8plus、開けたら既に膨らんでた http://pic.twitter.com/eX3XprSzqv — まごころ (@Magokoro0511) September 24, 2017 Ia juga buat masa ini tidak diketahui berapakah laporan peranti mengembung untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah berlaku buat masa ini. Secara kasarnya, sehingga kini, laporan peranti mengembung ini telah hadir daripada lima negara berbeza. Di Malaysia, Apple akan mengambil pra-tempahan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus bermula penghujung minggu ini, dan menjualnya bermula 20 Oktober 2017 kelak. ...
from Apple http://ift.tt/2xpVtvA
No comments:
Post a Comment