Followers

Thursday 5 September 2019

Alienware Aurora R9 Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Penghujung Bulan September

Source: amanz.my --- Wednesday, September 04, 2019
Pada minggu lalu, Dell telah memperlihatkan beberapa siri komputer desktop dan juga paparan skrin sewaktu acara GamesCom. Diantaranya ialah Dell G5 Desktop , Alienware Aurora R9 dan beberapa monitor gaming bersaiz besar. Apa yang menarik mengenai Alienware Aurora R9 ini ialah ia hadir dengan rekaan unik baru yang lebih minimalis, berbanding dengan rekaan komputer lama mereka yang lebih bersegi. Dari segi spesifikasi dalaman pula, Alienware Aurora R9 ini dilengkapi dengan siri CPU Intel generasi kesembilan , pilihan memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD yang besar. Selain daripada itu, pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan kad grafik terbaru daripada AMD ataupun NVIDIA. Kami mendapat tahu daripada pihak Dell Malaysia bahawa komputer desktop Alienware Aurora R9 ini akan memasuki pasaran Malaysia pada penghujung bulan September ini. Spesifikasi khusus komputer tersebut belum disahkan, tetapi kebarangkaliannya ialah ia mungkin tidak terlalu jauh daripada spesifikasi yang diberikan. Berita ini agak menarik kerana Alienware jarang membawa masuk produk-produk mereka ke Malaysia seawal ini. Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat sendiri betapa menariknya rekaan Aurora R9 ini dengan mata sendiri. ...



from GamesCom https://ift.tt/2HIUGxG

No comments:

Post a Comment