Followers

Thursday 5 September 2019

Komputer Gaming Dell Inspiron Desktop G5 Kini Di Pasaran Tempatan – Boleh Dibeli Bermula Harga RM3999

Source: amanz.my --- Wednesday, September 04, 2019
Pada minggu lalu, Dell telah memperlihatkan beberapa siri komputer desktop dan juga paparan skrin sewaktu acara GamesCom. Diantaranya ialah Dell G5 Desktop , Dell Aurora R9 dan beberapa monitor gaming bersaiz besar. Kami baru menerima berita daripada pihak Dell bahawa komputer Dell G5 Desktop dan Dell Aurora R9 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Malah, Dell G5 Desktop sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan sudah boleh dibeli bermula pada harga RM3999 . Di Malaysia, komputer tersebut hadir dengan nama Dell Inspiron Desktop G5 , dan dari segi spesifikasi dalaman, pengguna boleh memilih untuk membeli tiga model berbeza, seperti berikut: Dell Inspiron Desktop G5 (1) CPU: Intel Core i5-9400 Memori: DDR4 8GB (boleh ditambah hingga 64GB) Storan: SSD 128GB, cakera keras 1TB Kad Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti Harga: RM3999 Dell Inspiron Desktop G5 (2) CPU: Intel Core i7-9700 Memori: DDR4 8GB (boleh ditambah hingga 64GB) Storan: SSD 128GB, cakera keras 1TB Kad Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti Harga: RM4999 Dell Inspiron Desktop G5 (3) CPU: Intel Core i7-9700 Memori: DDR4 8GB (boleh ditambah hingga 64GB) Storan: SSD 128GB, cakera keras 1TB Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060 Harga: RM5999 Jika anda berminat untuk membeli komputer desktop gaming ini, anda boleh mendapatkannya melalui kedai atas talian Dell Malaysia hari ini. ...



from GamesCom https://ift.tt/32ug29U

No comments:

Post a Comment